Isnin, April 19, 2010

Amanah Yang Amat Berat

Assalamualaikum semua...

Selamat bertemu kembali. Entah macam mana, aku telah dilantik menjadi Pengerusi KIP Alam Damai. Satu jawatan yang suatu masa dulu (masa mula-mula mendiami KIP) , tak pernah aku bayangkan untuk memegangnya. Apatah lagi untuk melaksanakan tugasan yang datang bersama dengan amanah ini. Pandai sungguh mereka menggunakan kesempatan ketiadaan aku kerana mesyuarat penting di Perak, lantas melantik aku. Apakan daya, aku tiada di situ untuk menolak pelantikan tersebut.

Sekarang aku tidak lagi bergelar guru, kerana sudah bertugas di Kementerian Pelajaran Malaysia, Bahagian Buku Teks. Masa bekerja pun sudah lain, waktu pejabat. Aku rasakan amat berat untuk menguruskannya. Ditambah pula dengan beberapa masalah besar yang wajib diselesaikan dengan segera. Yang paling utama, tunggakan air yang mencecah belasan ribu. Bukan kerana kami tidak membayar bil, tetapi air terbuang begitu sahaja disebabkan paip air dalam tanah yang pecah. Rayuan kepada JPWP supaya dibaiki kerosakan tersebut tidak diendahkan disebabkan "TIADA PERUNTUKAN".

Aku tertanya-tanya, apakah rasionalnya elaun rumah dipotong dan separuh lagi dari elaun COLA jika tidak dapat digunakan untuk kebajikan pekerja kerajaan yang menghuni KIP di Kuala Lumpur. Ke mana agaknya duit potongan itu pergi ??

Tiada ulasan:

Catat Ulasan