Fish

Isnin, April 19, 2010

Amanah Yang Amat Berat

Assalamualaikum semua...

Selamat bertemu kembali. Entah macam mana, aku telah dilantik menjadi Pengerusi KIP Alam Damai. Satu jawatan yang suatu masa dulu (masa mula-mula mendiami KIP) , tak pernah aku bayangkan untuk memegangnya. Apatah lagi untuk melaksanakan tugasan yang datang bersama dengan amanah ini. Pandai sungguh mereka menggunakan kesempatan ketiadaan aku kerana mesyuarat penting di Perak, lantas melantik aku. Apakan daya, aku tiada di situ untuk menolak pelantikan tersebut.

Sekarang aku tidak lagi bergelar guru, kerana sudah bertugas di Kementerian Pelajaran Malaysia, Bahagian Buku Teks. Masa bekerja pun sudah lain, waktu pejabat. Aku rasakan amat berat untuk menguruskannya. Ditambah pula dengan beberapa masalah besar yang wajib diselesaikan dengan segera. Yang paling utama, tunggakan air yang mencecah belasan ribu. Bukan kerana kami tidak membayar bil, tetapi air terbuang begitu sahaja disebabkan paip air dalam tanah yang pecah. Rayuan kepada JPWP supaya dibaiki kerosakan tersebut tidak diendahkan disebabkan "TIADA PERUNTUKAN".

Aku tertanya-tanya, apakah rasionalnya elaun rumah dipotong dan separuh lagi dari elaun COLA jika tidak dapat digunakan untuk kebajikan pekerja kerajaan yang menghuni KIP di Kuala Lumpur. Ke mana agaknya duit potongan itu pergi ??

Isnin, November 09, 2009

Azam Baru

Assalamualaikum....

Lamo bonan aku tak menjengah ke laman blog aku ni. Asyik dengan facebook jek. Kadang-kadang terfikir gak, kenapa aku sendiri tak hidupkan blog aku biar popular macam facebook. Itu lah salah satu azam aku... Harapnye menjadi kenyataan. Walaupun bagai langit dengan bomi yeopppp... Tapi tak salah kalau nak mencuba, yea tak ???

Selasa, Julai 07, 2009

Salam Perkenalan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....

Alhamdulillah, akhirnya dapat jugek aku membangunkan blog aku sendiri. Rupa-rupanya, bukanlah susah sangat. Usaha Tangga Kejayaan dan Hendak Seribu Daya. Bagi 'OTAI-OTAI' blog, harap dapat memberi tunjuk ajar supaya aku lebih maju kehadapan.

Salam perkenalan buat semua.....
Sudi-sudikan membaca dan memberi komen positif serta membina......